Bola Sepak negara ku di monopoli oleh bangsa ku, apa baik nya atau banyak buruk nya. Kenapa bangsa Cina di Malaysia tidak memperdulikan bola sepak negara ku. Bangsa ku antara negeri pun bergaduh kerana bola sepak. Pemain dan penyokong semua nya bangsa ku.
Bangsa lain sibuk perbaiki ekonomi mereka. Bangsa ku ghairah dengan sebiji bola yang di rebut oleh duapuluh dua orang. Kemana hala tuju bangsa ku. Peminat pula juga bangsa ku, menghabis masa awal awal lagi dalam perjalanan ke stadium untuk menyokong pasukan masing masing. Tak dapat tiket yang sekarang bukan nya murah, mula bertekak dan mungkin bergaduh. Bangsa lain tengok senyum ketawa, kerana buang masa dan bergaduh tanpa hasil. Sedang permainan berlangsung atau lepas permainan, ada sekali sekala bergaduh antara bangsa ku. Yang perlu menjaga pergaduhan juga pihak Polis Di Raja Malaysia, juga majoriti nya bangsa ku. Berapa banyak lah masa bangsa ku terbuang berbanding dengan bukan bangsa ku.
Kalau pemain boleh pergi ke tahap dunia, ok juga lah, tapi pemain kita tak kemana. Duit dalam negara perlu dibayar kepada coach dan pemain luar negara, mengalir juga diut kita keluar. Saya kurang arif di mana untung nya bola sepak untuk bangsa ku, negara ku dan ugama ku.
Dimana kayu pengukur kita, dan apa yang perlu kita ukur. Bangsa ku memang cemburu kejayaan dan kekayaan bangsa lain, tapi kita tidak ukur atau tidak ikut bangsa itu - apa yang mereka buat dan apa yang mereka tidak buat. Tapi jangan lah ikut apa yang mereka buat itu yang salah dari undang Negara Ku dan Ugama Ku pula. Ikutlah apa yang baik untuk Bangsa Ku, Negara Ku dan Ugama Ku sahaja.
No comments:
Post a Comment