Malaysia menjadi tumpuan rakyat negara negaran lain datang secara sah dan tidah sah untuk mencari rezeki kerana kesempitan hidup di negara mereka. Ada rakyat yang lari ke Malaysia, ada yang diseludup ke Malaysia dan ramai juga yang telah di perdagangkan oleh orang untuk mereka dihantar ke Malaysia.
Perkara ini berlaku kerana dua fakta yang berkait rapat iaitu Malaysia memerlukan tenaga kerja dan mereka pula perlukan punca pendapatan. ( Dengan izin bahasa ekonomi Inggeris ialah PULL AND PUSH FACTOR). Kita PULL dan negara asal mereka PUSH, oleh itu datanglah mereka secara sengaja atau pun di tipu oleh orang yang pandai mengekploitasi keadaan untuk keuntungan.
Mereka hidup di Malaysia pada kebanyakan nya dalam keadaan amat daif pada padangan mata rakyat Malaysia, namun bagi mereka adalah lebih baik dari negara asal mereka yang belum tentu ada kerja yang boleh di buat untuk mendapat pendapatan.
Pihak berkuasa Malaysia sering menyerbu tempat tinggal mereka pada awal pagi sedang mereka tidur, menangkap seramai mungkin, hantar ke kem tahanan pendatang asing sebelum dihantar ke negara asal atau negara ketiga. Pernah saya tanya beberapa orang PATI, mereka kata sanggup mati tapi jangan dihantar pulang ke negara asal.
Cara Kerajaan kita menangani PATI amat merugikan Malaysia. Mungkin ada ajenda keuntungan bagi pihak tertentu saya kurang pasti. Tapi jika kita lihat negara jiran kita, tiadi isu PATI di tangkap, bagi tempat tinggal dan makan percuma kecuali yang terlibat dengan jenayah. Negara amat rugi kerana menyediakan tempat tinggal walau pun di kirakan kem tahanan, namun ianya melibatkan kos yang amat besar untuk beri makan dan sebagai nya yang tak perlu saya perincikan.
Sepatutnya kita boleh ikut seperti negara jiran kita yang akan menangkap tapi terus mendaftar mereka untuk bekerja dengan majikan yang memerlukan tenaga kerja. Cajkan saja pada majikan yang dahagakan tenaga kerja kerja. Tindakan sebegini akan tidak merugikan mana mana pihak malah menguntungkan kerajaan, majikan dan PATI akan bekerja dengan secara berdaftar dengan majikan tertentu.
Negara tidak perlu belanja untuk makan, tempat tinggal, jagaan, kesihatan dan kos hantaran pulang mereka.
Apa yang berlaku sekarang, Negara perlu tanggung kos mereka disebalik kontraktor kita yang menjalan kerja pembinaan akan tertangguh kerja kerana kekurangan buruh, sedangkan buruh yang boleh kerja berada di kem tahanan dan makan percuma ditanggung wang rakyat. Perkara ini ialah ketirisan di pihak kerajaan yang mungkin ada kepentingan di mana pihak mengaut keuntungan yang tidak halal degan sistem yang diguna pakai masa kini.
Satu kementerian akan menangkap PATI dan menyusahkan kontraktor binaan, dengan kementerian lain akan mengsinarai hitamkan kontraktor yang lewat siapkan kerja. Pihak kerajaan sediri tidak sepakat dalam banyak urusan.
Kerajaan kita pun tak sepakat untuk majukan negara. Kementerian masing masing dan kadang kadang Ketua Pengarah pun banyak nak jadi hero tunjuk kebolehan luar biasa masing masing konon, hingga yang rugi Negara Ku, Bangsa Ku dan lebih sedih lagi Ugama Ku kerana akan diperlekehkan oleh orang bukan dari bangsa ku dan bukan dari ugama ku dalam kenyataan fakta yang terselah kebenaran nya.
No comments:
Post a Comment